Nadi Melugu X Usahawan – Live Webinar: Perancangan Perniagaan
17 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniSatu sesi LIVE webinar telah berlangsung dengan tajuk “Perancangan Perniagaan” sebagai inisiatif untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada peserta mengenai kepentingan perancangan yang teratur dalam memulakan dan mengembangkan sesebuah perniagaan.
Webinar ini memfokuskan kepada elemen utama perancangan perniagaan, antaranya penetapan matlamat, analisis idea perniagaan, sasaran pelanggan, anggaran kos serta strategi pemasaran yang berkesan. Penyampaian yang interaktif membolehkan peserta memahami konsep perniagaan dengan lebih jelas dan praktikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: